Travelog Haji 16: Perkara Ajaib Makkah
Apabila pulang ke Malaysia, ramai rakan-rakan
bertanya kepada saya soalan ini,
“Syazli, Ada terjumpa perkara aneh semasa
di Makkah”
Saya menjawab tiada. Memang tiada. Tapi hakikatnya
banyak peristiwa-peristiwa ajaib di Makkah memang telah diketahui umum.
Di
Malaysia juga banyak berlaku perkara ajaib dan aneh tetapi kita tidak melihat
sebagaimana kita melihat di Makkah dan Madinah. Pelbagai peristiwa aneh berlaku
di Malaysia, namun kita hanya menganggap perkara tersebut sebagai kebesaran
Allah ataupun kejadian semulajadi alam semesta atau fenomena alam.
Namun ada
satu keajaiban yang tiada di Malaysia, iaitu Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.
2 Masjid ini adalah ‘keajaiban’ yang semua orang telah ketahui dan patut
dimasuki setiap umat Islam.
Dari Abu Hurairah RA dari Nabi Muhammad SAW
sabdanya :
"Tidak disyaratkan
mengadakan perjalanan (untuk tujuan
ibadat) kecuali tiga buah masjid: Masjidil Haram di Makkah, Masjidi an-Nabawi
di Madinah dan Masjidil Aqsa" Hadis
Al-Bukhari
Antara kelebihan ketiga-tiga masjid ini,
Dari Abu Hurairah RA Rasulullah SAW telah
bersabda
"Melakukan sekali sembahyang di dalam masjidku ini adalah lebih baik daripada 1000 kali sembahyang dalam masjid yang lain melainkan Masjidil Haram."
"Melakukan sekali sembahyang di dalam masjidku ini adalah lebih baik daripada 1000 kali sembahyang dalam masjid yang lain melainkan Masjidil Haram."
Kemudian diterangkan lagi dalam sebuah hadis yang
bermaksud: Dari Jabir RA bahawa Rasulullah SAW bersabda,
"Satu sembahyang di masjidku
lebih afdhal daripada 1,000 sembahyang di masjid-masjid yang lain kecuali
Masjidil Haram di Makkah dan satu sembahyang di Masjidil Haram pula lebih afdhal
daripada 100,000 sembahyang di masjid-masjid yang lain."
Melihat Kaabah akan mendapat 20 Rahmat. |
Makkah dan Madinah mempunyai
banyak kelebihan. Semua jemaah haji yang mengerjakan haji ke sini boleh melihat dan merasai pelbagai
perkara ajaib. Rebutlah keajaiban tersebut semaksimum mungkin.. Perbanyakkan
masa di dalam masjid bukan dihotel. Berapa ramai yang sanggup begitu? Jika mahu
berehat, saya fikir hotel di Malaysia lebih kemas, teratur, ada kolam renang,
ada SPA dan tidak perlu berebut-rebut naik lif. Tapi hakikatnya, ramai
dikalangan jemaah lebih gemar merasa aircond di Hotel dari sedikit berpanasan
di dalam Masjid.
Dalam satu hadis, Nabi SAW menyebut bahawa Allah
menurunkan kepada jemaah Haji di Baitullah Al-Haram setiap hari adalah sebanyak
120 rahmat:
·
60 rahmat
untuk orang yang tawaf.
·
40 rahmat
untuk mereka yang solat dalam kawasan Masjidil Haram.
·
20 rahmat
lagi untuk mereka yang melihat Kaabah.
Melihat Kaabah sahaja akan dapat
20 rahmat. Kita takkan dapat rahmat ini di Malaysia. Maka tak perlulah kita
bersusah payah mencari perkara ajaib di Makkah.
Disebutkan
dalam hadis Jabir bin ‘Abdullah katanya maksudnya: Aku pernah mendengar
Rasulullah SAW bersabda:
"Air zamzam itu diminum untuk keperluan apa
saja" (Hadis riwayat Ibnu Majah)
Dalam
erti kata yang lain, jika ia meminumnya dengan maksud menghilangkan rasa haus,
maka Allah akan menghilangkan rasa hausnya, jika ia meminumnya untuk
menghilangkan rasa lapar, maka Allah akan mengenyangkannya, dan jika ia meminumnya
untuk menyembuhkan penyakit, maka Allah akan menyembuhkan penyakitnya.
Beberapa bulan sebelum berangkat,
saya sering berdoa kepada Allah
Air Zam-zam dipam dan di tempatkan disini bersebelahan dengan rumah kelahiran Nabi (sekarang adalah perpustakaan). Keluar dari pintu Marwah dan carilah Perpustakaan ( Maktabah) |
“Ya Allah, berikanah kami kesihatan yang baik dan
jauhkanlah kami dari kemalangan, rempuhan manusia kecederaan & penyakit
berjangkit”
Alhamdulillah,
saya dapat melakukan ibadah dengan aman tanpa sakit yang teruk. Hanya sedikit
selsema, batuk dan sengal kaki. Namun sakit tersebut tidaklah sampai
membebankan dan saya masih mampu berjalan dan meneruskan ibadah yang lain.
“Ya
Allah, tutup hati kami dari melakukan shopping”
Saya
hanya baru membeli 3 CD mengaji oleh imam Masjid Al Haram selain makanan dan
keperluan harian, sedangkan ada jemaah telah menghabiskan hampir SR800 untuk
kos pos sahaja ke Malaysia. Ini tidak termasuk kos barang yang dibeli. Ini
cerita yang didengari dari telinga sendiri semasa di Makkah. Ada antara mereka
sudah menceritakan lokasi kedai-kedai untuk murah berbelanja, namun langsung saya
tidak tertarik dengan cerita-cerita itu. Saya hanya berkata pada mereka, “Tunggulah, saya cari lepas wukuf”
“Ya
Allah, tempatkanlah aku di hotel yang berhampiran dengan Masjidil Haram”
Alhamdulillah,
hotel Qasr Al Janadriyyah adalah antara hotel Muassasah TH yang terdekat dengan
Masjidil Haram berbanding 7 hotel Muassasah TH yang lain.
Ya Allah,
tempatkan aku Hotel di tingkat yang rendah
Ketika
kami sampai, tingkat 8 adalah yang terendah sebelum jemaah lain sampai seminggu
selepas itu. Tingkat 2-7 tidak ada penghuni lagi ketika kami tiba.
Kemakbulan doa semasa di Makkah adalah sesuatu yang
bukan ajaib, itulah hak Allah untuk diberikan kepada hambaNya yang meminta. Ya..
tidak ada hadis yang menyebut perkara ajaib di Makkah, namun hadis-hadis ada menyebut mengenai
kerahmatan yang ada dibumi Makkah.
Itulah ‘keajaiban’ yang tiada di Malaysia. Rebutlah. Jangan sia-siakan peluang haji yang hadir mungkin sekali seumur hidup!
Link ke Travelog Haji 17: Semangat Membantu di Makkah
Itulah ‘keajaiban’ yang tiada di Malaysia. Rebutlah. Jangan sia-siakan peluang haji yang hadir mungkin sekali seumur hidup!
Link ke Travelog Haji 17: Semangat Membantu di Makkah
Dapatkan teks penuh Travelog Haji dengan email kepada msyazli@gmail.com. Percuma. |
Pautan Travelog Haji : Aku Menyahut SeruanMu tahun 2016/1437H:
Travelog Haji ini merupakan coretan saya ketika menunaikan ibadat Haji pada tahun 2016 / 1437H. Ya Allah, aku mohon ampun jika apa yang ditulis ini boleh menimbulkan perasaan riak dalam diri ini.
Travelog ini bukan panduan mengerjakan Haji dan apa yang ditulis berkemungkinan ada kekurangan dan kesilapan oleh itu diminta sesiapa yang membacanya dapat memberi teguran. Mudah-mudahan dapat dijadikan panduan kepada pembaca tentang apa yang perlu dilakukan apabila berada di tanah suci nanti. Semoga bakal Jemaah Haji dapat melakukan ibadah dengan lebih baik dari apa yang telah saya lalui
msyazli@gmail.com
Good sharing abg syaz..semoga kita semua akan jadi tetamu Allah lagi nnt
ReplyDeleteMudahan dijemput lagi menjadi tetamunya..insyaallah
Deletedulu sy ke mekah utk umrah bawak baby.
ReplyDeletehotel pula jauh..
mmg sy hanya dapat ke masjidil haram dalam 3-4 kali je, solat dan tawaf. Akibat tak larat nak dukung anak..
tapi sy syukur..at least dpt juga ke sana..rindu nak pergi lagi..