Travelog Haji 10: Bumi Makkah Penuh Kerahmatan
Tanyalah pengalaman mereka yang telah menunaikan
fardhu haji dan pastinya saya yakin hampir setiap orang akan menjawab,
“Menunaikan
haji merupakan satu pengalaman amat menarik, menginsafkan dan tidak akan
dilupakan seumur hidup. Malahan, jika ada peluang, kami teringin untuk
mengulanginya”
Walaupun keadan bersesak-sesak dan cuaca yang panas
di Makkah, tidak akan ada tempat lain didunia ini yang dapat memberi satu
perasaan dan pengalaman dalaman sehebat Masjidil Haram. Makkah tidak sama
seperti Melbourne, Auckland, Kaherah, Istanbul, London mahupun Seoul. Ini
adalah kenyataan! Mustahil jutaan manusia di dunia ini berbohong. Tidak mungkin
kenyataan Masjidil Haram dan Madinah adalah tempat yang meninggalkan
kenangan yang amat sukat dilupakan adalah satu skrip yang sama setiap jemaah
yang pulang dari menunaikan fardhu haji. Setiap umat islam yang belum pergi ke
Mekah, pasti memimpikan untuk pergi kesana, manakala bagi yang telah menunaikan
Haji atau Umrah, pasti akan merinduinya dan berusaha untuk datang lagi. Inilah
bumi Makkah yang penuh rahmah.
Istilah bayar cash merupakan istilah yang di
popular yang digunakan oleh ustaz-ustaz untuk mengingatkan jemaah supaya berkelakuan
baik semasa di tanah suci. ‘Cash’ sinonim dengan pembalasan serta-merta atas
sifat buruk kita di Makkah. Istilah pembalasan tunai menggambarkan satu keadaan
yang negative. Benarkah Allah yang menerima kita jemaah haji sebagai tetamunya
dan apabila sampai ke Baitullah, Allah memberikan pembalasan serta-merta keatas
tetamuNya? Agak tidak masuk akal.
Saya lebih suka menggunakan istilah peringatan
dari Allah yang Allah sayang akan hambaNya, maka di berikan teguran atau ingatan supaya manuasia manusia tidak lalai dan kembali bertaubat kepadanya. Pintu
taubat sentiasa terbuka dan sesungguhnya Allah itu maha pemurah dan maha
mengasihani. Istilah ‘bayar cash’ boleh menakutkan jemaah untuk menunaikan Haji
terutama mereka yang ‘nakal’ dan mempunyai dosa-dosa silam. Cerita-cerita
seperti tidak dapat melihat Kaabah, sesat di Makkah, hilang ingatan
semasa di Makkah, jatuh ketika hendak mencium hajaratul aswad, sakit ketika di
Makkah adalah kisah lazim yang boleh
dibaca dalam catatan kisah-kisah aneh di Makkah.
Apa maksudnya peristiwa aneh ini? Allah
memberi ujian supaya kita berfikir dan mengenal Keesaan dan Kehebatannya.
Mereka yang dapat merasai peristiwa-peristiwa ganjil ini sepatutnya bersyukur
dan merasa kerdil di sisi Allah dan sepatutnya menginsafi dosa-dosa
lampau. Adalah ini satu pembalasan atau peringatan? Bagi saya ini adalah
bukti bahawa Allah yang Maha Penyayang
dan Maha mengasihani hambaNya. Allah memberi kita peluang dan disedarkan supaya
menjadi manusia yang lebih baik disisinya. Sesungguhnya pintu taubat sentiasa
terbuka bagi manusia yang tidak lalai. Amat bertuahlah mereka yang diberi
balasan ‘Cash’ kerana dapat menginsafi dan bertaubat atas kesilapan mereka di
bumi yang penuh rahmah ini.
Ketika di Makkah, saya diingatkan jika
terdetik dihati pun untuk membuat perkara yang tidak baik, maka telah dianggap
melakukan satu dosa. Allah maha pengasih dan Maha penyayang dalam
menganugerahkan ibadah haji kepada umat Islam. Kasih sayang Allah kepada hambanya
meyakinkan diri saya bahawa Allah akan memelihara setiap tetamunya semasa
berada di Makkah & Madinah.
Aku bersama sepupu (Hj Amran dan Isteri) yang kebetulan mendapat penerbangan yang sama dan hotel yg sama |
Saya tidak bertemu peristiwa-peristiwa aneh semasa
di Makkah, tapi ketahuilah bahawa di Masjidilharam itu banyak perkara aneh yang
sudah diketahui umum. Apakah manusia terfikir keajaiban Telaga zam-zam?
Makam Ibrahim iaitu batu yang di gunakan oleh Nabi Ibrahim yang boleh meninggi
apabila binaan Kaabah semakin tinggi? Batu dari Syurga Hajaratul Aswad? Kelebihan
solat digandakan 100,000 kali? Ini adalah semuanya adalah bukti kehebatan Allah
swt yang ditunjukkan ke pada manusia. Tidak perlulah mencari kisah-kisah ajaib.
Sudah terang lagi nyata, banyak tempat-tempat yang mustajab untuk berdoa di Makkah.
Inilah keajaiaban Makkah sebenarnya yang telah pun diketahui!
Link ke Travelog Haji 11: Aku Menjadi Imam di Masjid Al Haram
Dapatkan Teks penuh Travelog Haji dengan email ke msyazli@gmail.com |
Pautan Travelog Haji : Aku Menyahut SeruanMu tahun 2016/1437H:
29. Travelog Haji 29: Senarai Barang Keperluan Haji
31 : Travelog Haji 31: Tersilap Membeli Al Quran Untuk Diwakaf
32. Travelog Haji 32: Perkara Menarik Sepanjang Mengerjakan Haji
Travelog Haji ini merupakan coretan saya ketika menunaikan ibadat Haji pada tahun 2016 / 1437H. Ya Allah, aku mohon ampun jika apa yang ditulis ini boleh menimbulkan perasaan riak dalam diri ini.
Travelog ini bukanlah panduan mengerjakan Haji dan apa yang ditulis berkemungkinan ada kekurangan dan kesilapan. Oleh itu diminta sesiapa yang membacanya dapat memberi teguran. Mudah-mudahan dapat dijadikan panduan kepada pembaca tentang apa yang perlu dilakukan apabila berada di tanah suci nanti. Semoga bakal Jemaah Haji dapat melakukan ibadah dengan lebih baik dari apa yang telah saya lalui
Syazli Tahir - msyazli@gmail.com
31 : Travelog Haji 31: Tersilap Membeli Al Quran Untuk Diwakaf
32. Travelog Haji 32: Perkara Menarik Sepanjang Mengerjakan Haji
Travelog ini bukanlah panduan mengerjakan Haji dan apa yang ditulis berkemungkinan ada kekurangan dan kesilapan. Oleh itu diminta sesiapa yang membacanya dapat memberi teguran. Mudah-mudahan dapat dijadikan panduan kepada pembaca tentang apa yang perlu dilakukan apabila berada di tanah suci nanti. Semoga bakal Jemaah Haji dapat melakukan ibadah dengan lebih baik dari apa yang telah saya lalui
Syazli Tahir - msyazli@gmail.com
No comments:
Post a Comment