Friday, December 9, 2016

Travelog Haji 29: Senarai barang keperluan Haji



Travelog Haji 29: Senarai barang keperluan Haji
 LELAKI Senarai barang-barang dalam beg besar/beg pakaian (30kg)

Bil
Barangan
Kuantiti
Catatan
1
Kain ihram
2 Pasang
Beli yang nipis 1 helai. Menjimatkan ruang beg
2
Tali pinggang ihram/ biasa
1 utas

3
Baju melayu + Jubah
2 +1 helai
Jubah beli di Mekah/Madinah lebih murah
4
Baju biasa (t-shirt) /berkolar/tidak berkolar
3 helai
Elok warna cerah
5
Singlet berlengan dan berzip/ seluar dalam
2 helai

6
Kain pelikat + Kain pelikat tidak berjahit  
1-2 helai
Saya tidak pakai sangat kain pelikat sebab sering berjubah
7
Seluar panjang (slack) + Seluar Jubah
2+ 1 helai

8
Tuala Mandi+tuala kecil
1+1 helai

9
Stokin
2 pasang

10
Selipar (pastikan jari-jemari terlihat)
1 pasang

11
Penyangkut baju + tali ampaian/ raffia
5 +1
Penting
12
Ubat-ubatan (ubat batuk//Strepsil/cirit-birit/vicks/vitamin c/ pelembap bibir/selsema/ ubat urut)
lengkap
Harga ubat di Mekah Mahal. Klinik TH pun ada ubat
13
Pengetip kuku
1

14
Uncang kasut / uncang batu
1+ 1
Beg woven  pun boleh
15
Gunting kecil  / Cukur
1

16
Alat2 mandian /ubat gigi/sabun/berus basuh/sepit baju
1 set
lengkap
17
Marker pen +pen + buku nota kecil/Buku Nota
1

18
Telefon & charger + Powerbank
1+1

19
Tupperware/ bekas makanan
1

20
Buku doa/ Solat sunat/ buku panduan Haji/ doa dari Rakan-rakan./ Doa untuk wukuf.
lengkap
Buku Doa diberi
21
Spray wuduk
1
Diberi
22
Tasbih tawaf/ Tasbih
1

23
Dokumen : Passport/ Kad kesihatan/kad TH
Lengkap

24
Kopiah
1
beli kat Mekah je
25
Alas tikar getah ( di Arafah/Mina)

Diberi setiap jemaah
26
Extention Wire + multi USB Charger

kalau ada
27
Cermin mata spare

jika perlu
28
Minuman i.e 3 in 1

Harga di Makkah mahal
28
Duit Saudi/ Aktifkan ATM Card diluar negara

Jika perlu. Kaunter Kewangan TH pun ada
Nota:
1. Saya langsung tidak memakai kasut semasa di Mekah dan Madinah
2. Baju panas tidak di pakai langsung
3. Kalau ingin membawa serunding/ sambal kering, dipersilakan.
4. Tiap tahun Mekah & Madinah menerima jutaan jemaah. Mustahil tak ada barangan keperluan seperti yang saya senaraikan diatas. Kalau tertinggal atau tak cukup, boleh beli di sana.  Lainlah kalau nak minum kopi Tongkat Ali, mungkin susah nak cari. :-)

Ya Allah, permudahkan urusan persiapan haji ku dan  kurniakanlah aku Haji yang mabrur

Link ke  Travelog Haji 30: Reunion di Makkah

Dapatkan teks penuh Travelog Haji dengan email kepada msyazli@gmail.com. PERCUMA


Pautan Travelog Haji : Aku Menyahut SeruanMu tahun 2016/1437H:

29. Travelog Haji 29: Senarai Barang Keperluan Haji
31 : Travelog Haji 31: Tersilap Membeli Al Quran Untuk Diwakaf 
32. Travelog Haji 32: Perkara Menarik Sepanjang Mengerjakan Haji



Travelog Haji  ini merupakan coretan saya ketika menunaikan ibadat Haji  pada tahun 2016 / 1437H. Ya Allah, aku mohon ampun jika apa yang ditulis ini boleh menimbulkan perasaan riak dalam diri ini.

Travelog ini bukanlah panduan mengerjakan Haji dan apa yang ditulis berkemungkinan ada kekurangan dan kesilapan. Oleh itu diminta sesiapa yang membacanya dapat memberi teguran. Mudah-mudahan dapat dijadikan panduan kepada pembaca tentang apa yang perlu dilakukan apabila berada di tanah suci nanti. Semoga bakal Jemaah Haji dapat melakukan ibadah dengan lebih baik dari apa yang telah saya lalui

Syazli Tahir - msyazli@gmail.com




Travelog Haji  ini merupakan coretan saya ketika menunaikan ibadat Haji  pada tahun 2016 / 1437H. Ya Allah, aku mohon ampun jika apa yang ditulis ini boleh menimbulkan perasaan riak dalam diri ini.

Travelog  ini bukan panduan mengerjakan Haji dan apa yang ditulis berkemungkinan ada kekurangan dan kesilapan oleh itu diminta sesiapa yang membacanya dapat memberi teguran. Mudah-mudahan dapat dijadikan panduan kepada pembaca tentang apa yang perlu dilakukan apabila berada di tanah suci nanti. Semoga bakal Jemaah Haji dapat melakukan ibadah dengan lebih baik dari apa yang telah saya lalui

msyazli@gmail.com

2 comments:

  1. Salam, Tuam..menarik dibaca dari Mukaddimah sampai la ni. Menjentik perasaan ini supaya kumpul wang untuk menunaikan Haji. Insha Allah.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah.. banyakkan berdoa & berusaha mudahan dapat menjadi tetamuNya dalam usia yang masih gagah.

      Delete