Travelog
Haji: Prolog
Apabila saya menyimpan impian untuk bercerita kisah
pengalaman semasa menunaikan Haji, hati
mulai rasa risau. Saya bukanlah seorang penulis yang baik dalam menyusun baris-baris
ayat. Pengalaman penulisan saya hanyalah
menulis blog-blog yang gaya Bahasa bahasanya yang bersahaja. Namun akhirnya
saya memaksa juga untuk menulis catatan
Haji ini untuk mahu berkongsi kepayahan dalam melawan sifat-sifat mazmumah yang
di dalam diri ini. Saya mahu bakal-bakal haji mendapat sedikit gambaran dengan
berkongsi pengalaman mengenai ibadah haji.
Saya amat besyukur kerana kami di
jemput menjadi tetamuNya ketika usia baru mencecah awal 40an, satu umur yang
dikategorikan masih 'muda' jika dibandingkan dengan jemaah-jemaah lain. Saya
menyeru kepada semua pembaca agar pertimbangkan, niat untuk menunaikan haji
pada usia sebelum persaraan kerana Ibadah haji menuntut kekuatan fizikal dan
spiritual yang kuat. Mereka yang mempunyai tenaga, dalam dan luar ada kelebihan
bagi menyempurnakan ibadah dengan lebih sempurna. Namun, kerohanian lebih
dituntut agar kita tidak leka dan lalai
dalam melakukan ibadah. Ketika penulisan di buat (tahun 2016) tempoh
menunggu giliran haji ialah 96 tahun!
“Ya Allah, aku mohon kepada mu izinkanlah aku bercerita
mengenai pengalaman dan pengajaran yang telah aku lalui semasa menunaikan fardhu
haji”
“Ya Allah, aku takut, apa yang aku tulis nanti boleh
menimbulkan perasaan riak dalam diriku, aku mohon ampun kepada mu sekiranya ia
berlaku. Apa yang telah aku telah lalui ini mungkin boleh dijadikan panduan dan
pedoman kepada pembaca-pembaca tentang apa yang perlu dilakukan apabila berada
di Makkah nanti. Mudah mudahan, mereka dapat melakukan lebih baik dari apa yang
telah aku lakukan"
Aku berterima kasih kepada Prof. Muhd Kamil Ibrahim
yang telah mengilhamkan kepada ku selepas membaca buku tulisannya “Travelog
Haji: Mengubah Sempanan Iman” yang telah memberi kesan amat mendalam di jiwa
ku. Sedikit sebanyak idea penulisanku ini di adaptasi dari bukunya. Buku beliau
telah memberi motivasi kepada saya untuk membuat catatan pengalaman dan
pengajaran untuk dikongsi pada pembaca khususnya generasi muda
Jika anda berminat mendapatkan catatan Travelog Haji 1 - Travelog Haji 29 secara percuma, email kepada msyazi@gmail.com
Pautan Travelog Haji : Aku Menyahut SeruanMu tahun 2016/1437H:
29. Travelog Haji 29: Senarai Barang Keperluan Haji
30. Travelog Haji 30: Reunion di Makkah Travelog Haji ini merupakan coretan saya ketika menunaikan ibadat Haji pada tahun 2016 / 1437H. Ya Allah, aku mohon ampun jika apa yang ditulis ini boleh menimbulkan perasaan riak dalam diri ini. Travelog ini bukan panduan mengerjakan Haji dan apa yang ditulis berkemungkinan ada kekurangan dan kesilapan oleh itu diminta sesiapa yang membacanya dapat memberi teguran. Mudah-mudahan dapat dijadikan panduan kepada pembaca tentang apa yang perlu dilakukan apabila berada di tanah suci nanti. Semoga bakal Jemaah Haji dapat melakukan ibadah dengan lebih baik dari apa yang telah saya lalui msyazli@gmail.com |
No comments:
Post a Comment